PUBG

Geek Fam ID Diakuisisi Livescape untuk PMPL SEA 2021, Kenapa?

Rafdi Muhammad HabiburrahmanWednesday, 12 May 2021
Logo article
Ads

Livescape telah resmi mengakuisisi Geek Fam ID yang akan tampil di gelaran PMPL SEA 2021, kira-kira ada apa dibalik akuisisi ini?

https://wp.revivaltv.id/hengkang-dari-aerowolf-zoo-devildust-kini-perkuat-belletron-ace/

Geek Fam Indonesia baru-baru ini mengumumkan pemindahan hak milik pasukan esports PUBG Mobile profesionalnya kepada The Livescape Group. The Livescape Group ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai syarikat penganjur dan pengurusan acara, yang mengkhususkan diri dalam mencipta pengalaman unik untuk pasaran Asia Tenggara. Dalam tempoh 10 tahun, The Livescape Group telah berubah menjadi perniagaan kreatif bebas dan inkubator pengalaman, menganjurkan festival, platform sosial dan agensi kreatif.

BACA JUGA: Bicara Perbedaan Tim Indonesia dan Malaysia, Ini Kata Jangs

Alasan Livescape Mengakuisisi Geek Fam ID untuk PMPL SEA 2021

Photo via: PUBG Mobile Esports ID

Pemindahan hak milik ini dilakukan berikutan peraturan yang ditetapkan oleh pihak PUBG Mobile dan penganjur kejohanan, Tencent, yang menyatakan bahawa dua pasukan dari organisasi yang sama yang dibenarkan untuk sertai secara serentak demi mengelak sebarang kerjasama antara pasukan pasukan tersebut. Untuk kedua-dua organisasi, pertukaran itu masuk akal kerana kedua-dua belah pihak dapat manfaat daripada perjanjian tersebut.

"Saya gembira kerana kedua-dua pasukan Indonesia dan Malaysia kami telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam PMPL S3 di peringkat negara masing-masing yang membolehkan mereka lolos ke Kejuaraan SEA. Kami secara konsisten menghasilkan pasukan yang hebat dalam pelbagai permainan, genre dan negara.

Dan kami sangat bangga bahawa pasukan kami mampu untuk membuktikan apa yang boleh dilakukan dengan sistem pememilihan individu berbakat kami, mengurus dan membenarkan mereka berkembang menjadi juara. Ini menandakan peristiwa penting yang baru menuju kejayaan, yang pernah kita impikan pada zaman-zaman awal penubuhan kami.

Namun, demi mematuhi peraturan dan untuk memastikan keadilan bagi kedua-dua pasukan yang telah bekerja sangat keras untuk sampai ke peringkat ini, keputusan ini harus dilaksanakan. Saya yakin bahawa Yudha (Pengarah Urusan Livescape Indonesia) dan pasukannya akan menjaga pemain pemain kami dengan baik,” kata Lim Keat Kuang, pengasas Geek Fam pada press release.

BACA JUGA: Jelang PMPL SEA Finals, Bigetron RA Kantongi Strategi Baru

https://www.instagram.com/p/COuNZB5LZHM/

"Saya dapat mengenal pasti dengan segera peluang ini apabila Keat mencadangkan ideanya kepada saya, saya rasa peristiwa ini terjadi pada waktu yang tepat dan sesuai dengan arah tujuan yang Livescape ingin ceburi. Saya yakin kami dapat memanfaatkan pasukan dengan kepakaran kami, ditambah dengan sokongan IP kami yang lain.

Saya yakin bahawa kerjasama ini akan menghasilkan lebih banyak peluang bagi industri-industri kita untuk berkolaborasi dalam waktu terdekat,” imbuh Yudha Budhisurya, Pengarah Urusan Livescape Indonesia.

Di bawah pemilikan baru, pasukan PUBG Mobile Geek Fam Indonesia kini akan dijenamakan semula sebagai Livescape.

Kedua-dua pasukan kini akan bersaing dengan 16 pasukan untuk menjadi pemenang Kejuaraan SEA PMPL.

Saksikan Geek Fam Malaysia dan Livescape dalam Kejuaraan PUBG Mobile Liga Profesional SEA secara langsung bermula pada 21 Mei 2021.

Ikuti lini masa RevivaLTV di YouTubeInstagramFacebook dan Revivalpedia untuk mendapatkan informasi-informasi terbaru seputar esports. 

Share this Article

Ads

Tags Populer

Ads
Home
News
Competition
Live Score
Videos